Thursday, December 22, 2011

UPDATE BLOG AUG,SEP,OCT,NOV

Dah hampir 2 bulan lebih tak update blog,pabila penyakit M dtg semuanya tak menjadi.Bukan tak de cerita @ aktiviti..berlambak tapi MALAS dan tak tahu nak tulis apa.Tapi kalau boleh nak update sebelum masuk tahun baru.Mesti cerita akan jadi carca marba.

Monday, September 12, 2011

SALAM LEBARAN 1432

Masih bolehkan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya 2011( bak kata Ida rayakan sebulan ) mohon maaf zahir & batin.

Tahun ni merupakan tahun kedua aku beraya sebagai seorang isteri & juga tahun kedua beraya tanpa Abah tersayang.

Sunday, August 7, 2011

ULANGTAHUN PERCINTAAN


8.8.2011 Ulangtahun aku dan Yayang yang ke 13 TAHUN ( anniversary mula bercinta ) Detik kami jadi pasangan kekasih bermula 8 Ogos 1998,cepat betul masa berlalu.Alhamdulillah,segala ranjau berduri,susah senang,pahit manis,maung masin semua kami dah lalui bersama,namun kasih kami masih kuat ..Syukur.


KU TAK PERNAH SANGSI DAN RAGUI KASIH SAYANGMU
WALAUPUN ADA RAJUK,CEMBURU YANG MENGUSIK KALBU
NAMUN IA TAK PERNAH MENGURANGI KASIHKU PADAMU
SEIKHLAS CINTAMU PADAKU
ABADINYA CINTAKU PADAMU
080898 - 080811


Thursday, August 4, 2011

SALAM RAMADHAN 1432

1.8.2011 Ramadhan muncul kembali.Tahun ni merupakan tahun 2 aku menyambutnya sebagai seorang isteri & tahun 2 aku menyambutnya tanpa Arwah Abah.Terasa sayu yang amat sangat lebih2 lagi bila lihat wajah mak,kami amat rindukan Arwah Abah,rindu bersahur & berbuka bersama Abah.

Semoga Ramadhan tahun ni akan membawa sinar Kebahagiaan buat aku sekeluarga.

Thursday, July 28, 2011

YOK BERSUKAN


Sabtu 9.7.2011 Sekolah Along , Angah dan Abg Adam ada sukan tahunan,dan seperti tahun2 sbelum ni Mak Ngah haruslah kena datang cuma tahun ni Yayang tak dapat turut serta sebab keja...dan tahun ni juga kenalah bergilir pegi.Pagi kul 7.30 aku,mak dan shasha gi dulu sekolah Rendah ( Along & Angah ) kena tunjukkan muka kalu tak nanti dorang kecik hati ingatkan kami tak tgk dorang bersukan.Rupanya yang masuk acara cuma Angah,Along tak masuk pun acara tahun ni...tak tunggu pun acara angah sebab lambat sangat.

 Angah disamping Mak Ngah & Mak Lang

 Angah bersama kawan2

 Along bersama kawan2

Gi lak ke Taman Metropolitan Tmn Batu Permai sebab sekolah TCU buat acara sukan kat sana.Abg Adam banyak gak masuk acara tahun ni sebab tahun lepas dia umur 3 tahun lebih so acara untuk budak 4 tahun tak byk..tahun ni kira masuk umur untuk budak 5 tahun lah.Banyak gak hadiah dia menang,alhamdulilah.


Abang Adam bersama hadiah kemenangan

Acara berpasangan Shasha ,Kak Lia & Azie

Seronok kan?

Seronok aku bila tgk anak2 ni bersukan...sambil ditemani ibu bapa mereka,semoga aku dan yayang dapat merasai situasi macam ni satu hari nanti.

Friday, June 24, 2011

KAU MASIH DI HATI INI

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Bapa buat mereka yang bergelar Bapa,Abah,Ayah,Walid,Daddy,Papa,Abi dan apa jua panggilan untuk Insan yang Mulia ni...Pada mereka yang masih punyai Abah hargailah mereka selagi mereka masih ada......

 Al Fatihah buat arwah abah ku ...CHE ON BIN OTHMAN

HAPPY BESDAY IJAM

15.6.2011 Hari Lahir adikku ku yang bongsu,tahun ni Ijam berusia 20tahun,kejap je kan masa berlalu sedar2 adik aku dah besar (tapi mmg pun orgnya BESAR).Akak doakan semoga Ijam panjang umur,dimurahkan rezeki,kehidupanmu sentiasa dirahmati oleh Allah,jadi anak dan adik yang baik dan berguna kerana ingatlah yang Ijam sekarang merupakan ketua keluarga penganti Arwah Abah yang telah diamanahkan untuk menjaga mak ( ingat pesanan arwah abah ).


Sempena beday adik aku ni,aku ajak yayang gi makan kat Restoran Hokkaido berhadapan ngan Vistana hotel,sebab utama adalah aku kepingin sangat nak makan ketam sweet sour tu…dah dekat seminggu mengendeng baru dapat tu pun sebab gunakan alasan beday ijam…hahaha jahat kan aku ni….sampai sana meja semua dah penuh termasuklah zon hawa dingin…terpaksalah makan kat meja yang ala2 romantik siket (kurang pengcahayaan).
Untuk pengetahuan korang, ini restoran cina tapi ada gak pekerjanya  melayu dan makanan yang disediakan memang seafood saje... no pork served.…cuma terpulang pada korang untuk buat judgement sendiri...memang ramai customer melayu makan kat situ.Pada aku makanan yang disediakan sangat-sangat sedapp.
Menu dinner malam tadi tentulah sweet sour crab,pak choy,lemon chicken,siakap steam asam,nasi, chinese tea and air longan.Total kesemuanya RM170…sekali sekala bolehlah kan….



Tuesday, June 21, 2011

PENGALAMAN BARU ANAK2 KU

Cuti sekolah yang lepas aku bawa anak buah aku yg ber3 tu pergi Zoo Negara...cian dorang tempat2 lain semua dah gi termasuk USSingapore tapi Zoo Negara tak pernah gi.Aku,yayang,mak & adik2 ke gi sana waktu tengahari sebab tak merancang pun nak gi...sampai sana fuuuh parking susahnya..banyak perubahan ye maklumlah aku last gi waktu umurku 12thn tu pun gi rombongan sekolah.Total keseluruhan nak masuk Zoo RM118 tapi tak termasuk serangga.
Seronok tu..memang banyak perubahannya.Yang paling membuatkan aku seronok mestilah sebab ada yayang,sebab start tahun 2011 ni bila nak kuar ngan yayang waktu malam je...siang kerja.Dan seronok bila tgk family aku dapat bjalan (kecewa sebab tak dapat gi Melaka).Betapa excited anak buah aku terutama angah & abg adam bila dapat melihat binatang2 kat sana ( selalu tgk kat Tv & buku ) je...dapat plak dengar perbagai bunyi dan tengok keletah binatang2 yang ada.Memang seronok melihat keterujaan mereka lantas membuatkan aku lagi excited untuk menerangkan tentang kehidupan binatang2 tu.Memang enjoy gila...happy aku bila lihat family aku happy...paling best bila abang adam tak habis2 bcerita pasal lawatannya ke Zoo pada mama & abahnya (sampai taknak buka tag kat tangan,katanya nak tunjuk kat mama & abah).Layan gambar je k....

                                                            Antara animal yang ado

                                                                           Hapy je

                                                                       Aneka ragam

        Yayang bersama anak2

                                                       Keterujaan melihat ciptaan Allah

                                                           Ibu,akak,mak ngah sayang korang

                                                                   Permata hati KAMI

                                                                    Sayang korang

KITA MERANCANG TAPI .....

Entry cuti sekolah yg lalu.Sepatutnya awal bulan Jun aku dan yayang dah plan nak bawa mak & adik2 aku pergi melaka...aku dah plan dari awal bulan Mei lg,siap buat list tempat2 yang aku nak gi (dekat 1/2 ketas A4 juga) aku minta abg aku bawakan sebab guna kereta dia & secara automatik dia jadi pemandu pelanconglah sebab dia expert kit bab jalan2 ni.Tapi apakan daya kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan.Pada hari yang sepatutnya kami nak gi tu mak awal2 dah kejutkan adik2 aku seawal jam 7pg sebab katanya abang aku nak kuar awal takut jem (last2 dia sampai umah kul 9pg) bergeraklah kami menuju destinasi.Tapi aku perasan sepanjang perjalanan kami dr umah tu suasana sunyi sepi je tak macam slalu bila kami nak bercuti...riuh seriuh riuhnya...rupanya ada sebabnya.
Abang aku berhenti jap kat hentian Seremban sebab angah (anak buah ) aku nak mandi.Lepas selesai segala urusan kat toilet masuk je kereta semua bersepakat tak jadi meneruskan perjalanan atas sebab2 yang tertentu....pulanglah kami dengan hati yang sedikit hampa tapi itulah yang harus ditempuhi.
Aku sedikit hampa sebab memang aku nak sangat bawa mak berjalan ke Melaka sebab dia nak makan ikan bakar kat sana...sebab tu aku plan ngan yayang kutu yang dapat bulan 6 memang aku peruntukan untuk mak....
Ni lah yang dikatakan Kita Hanya Mampu Merancang...tapi Dia yang menentukan.

Friday, June 3, 2011

MAK & JAMAL

17.5.2011 Abg aku bawa mak gi PWTC sempena dgn Hari Ibu Bersama Jamal Abdillah ditaja oleh Kak Ipar & Abg aku.Seronok aku tgk mak gembira sebab dapat tgk artis pujaan dia.Balik je dari show tu tak habis2 dia bercerita tentang show Jamal,mmg the best.Jamal siap bertanya soalan kat mak ' Siapa nama makcik ' bila mak jawab Melor terus Jamal nyanyikan lagu Bunga Melor walaupun hanya beberapa rangkap.Mak siap dapat masuk kat dalam bilik conferences bergambar bersama Jamal lg.
Hari2 dia ulang tgk CD yang abang aku rakamkan.

Aku hapy bila lihat mak hapy...Akak Sayang Mak

AKAK SAYANG MAK

8.5.2011 Pagi lepas menziarahi pusara abah,terus ke JJ Wangsa Maju bawa mak & adik2 sarapan pagi kt sana,pastu ke Kg Baru,Selayang Mall balik umah.Tak ada acara potong2 kek sebab mak tak suka makan,baik aku belikan apa yang mak suka makan...betul tak?

Malam lepas Yayang balik keja dia ajak keluar lokasi ke JJ Wangsa Maju lg sekali (makan malam lak) ni pun sebab mak request.Balik umah aku bg mak aku hadiah yang tak seberapa pun tapi aku pasti mak suka....aku belikan mak VCD Original kumpulan UK's kumpulan yang mak minat.Aku tak bawa mak makan kat hotel2 @ tmt2 yang mewah,tapi aku lebih suka bawa mak makan berulang2,cthnya hari ibu kan pd 8.5 ( ahad ) tapi aku berlanjutan bawa mak & adik2 aku kuar makan malam selama seminggu,ikut je mana mak nak gi aku & yayang akan bawa.Seperti yang aku cakap sebelum ni aku akan cuba penuhi apa saja yang mak mahukan..insyaallah...aku tak nak menyesal lg.

Akak Sayang Mak...doakan semoga akak dapat jadi seorang ibu

IBU MERTUA KU & ADIK IPARKU

Lama tak menulis kt cni,bila penyakit M dah dtg camni lah rupanya.Dah masuk bulan Jun bermakna dah stengah tahun kita utk tahun 2011 ni kan....
Aku nak crita pasal sambutan Hari Ibu yang dh hampir sebulan berlalu tapi lum basi lg kan sbab lum cukup sbulan pun.
6.5.2011 ( Jumaat ) aku gi umah mak mertua celebrate Beday adik ipar sekali gus sambut skali hari ibu (hari ahad tak dpt gi umah mak mertua ) kira aku sambut advance.Tahun ni aku & yayang belikan Seutas jam buat ibu mertuaku & juga utk adik iparku.Kek berkongsi ye...

Friday, April 29, 2011

Selamat Hari Lahir ABAH


Hari ni 30.4.2011 hari lahir Abah yang ke 65 thn,tiada lagi sambutan , hadiah dan ucapan yang tiap2 tahun aku lakukan untuk abah.Tahun ni merupakan tahun kedua tak dapat sambut ulangtahun kelahiran abah,walaupun sambutannya tak seberapa sama ada masak makanan yang enak2 makan beramai-ramai @ pun gi makan kat luar je,tapi aku rasa hapy sgt sebab dapat berkumpul camtu.Hadiah buat abah smestinya ada,walaupun tak mahal dan walaupun abah bising2 sebab dia akan kata tak payahlah beli hadiah2 ni membazir je,tapi aku tahu dalam hati dia mesti suka.Hadiah hari lahir abah yang terakhir aku belikan ialah tahun 2009 berupa pembakar roti sebab yang lama punya dh rosak hampir 3 bulan,walaupun dia tak minta kat aku ,tapi dia ckp kat mak nnt dia nak beli,aku sengaja lengahkan beli sebab mmg nak bg waktu besday dia.(bergenang airmata aku dikala ni mengingatkan arwah)

Kalau nak diikutkan banyak lagi benda yang aku nak lakukan untuk arwah abah yang tak sempat aku lakukan semasa hayat dia ada,tapi apakan daya aku telah kehilangannya.Kadang2 aku rasa menyesal sebab tak buat sewaktu hayatnya ada,tapi masa tu aku tak berdaya ( masalah kewangan tak kukuh lg ) tapi aku tahu yang abah mesti faham masalah yang aku hadapi ni kan.Sebab tu skarang ni aku cuba buat sedaya upaya apa yang mak aku mahukan,aku tak nak menyesal lg..........

Pengorbanan abah sentiasa dalam jiwa dan sanubari ini,Akak Rindu Abah.Semoga roh abah tenang disana dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan terpilih olehNYA.



Monday, April 18, 2011

HAPY BESDAY ANGAH

14.4.2011 merupakan besday anak buah aku yang kedua,usia dia pada tahun ni 8 tahun.Nuryn Nadia @ Angah.Mak ngah doakan semoga Angah menjadi anak yang solehah,hidupmu sentiasa dirahmati Allah,menjadi anak kebanggaan,usiamu dipanjangkan dan yang amat2 mak ngah harapkan semoga angah dapat buang sikap
ber angin yang ada dalam diri angah ( dia ni cepat benar berubah sikap,tgh2 boleh gelak,tgh2 tu juga dia boleh berangin)

Hadiah buat angah awal2 lagi dia sendiri yang pilih,tapi aku berikan waktu besday dia siap balut lagi,padahal dia memang dah tahu isinya dan juga sekeping kad buatan sendiri untuknya.

Friday, April 8, 2011

HAPY BESDAY ALONG

Hari ni 9 April besday anak buah aku yang ke 10thn,kejap je dah besor,makin tinggi dan makin bulat.Nama anak buah aku ni Nuryn Nabila @ Along.

Tiada hadiah semahal mana mak ngah dapat berikan sempena ulangtahun along tahun ni hanya hadiah & sekeping kad buatan sendiri untukmu.Mak ngah doakan semoga Along menjadi anak yang solehah,dipanjangkan usia,kehidupanmu sentiasa diberkati Allah,menjadi anak yang akan membuatkan kedua-ibubapamu bangga.

Monday, April 4, 2011

BANTAL DURIAN

Alhamdulilah dapat gak aku merasa makan bantal durian,perhhh memang sodap tak terkata nikmatnya.Ni suma gara2 tgk Kak Mie makanlah yang membuatkan aku pun turut terjebak ingin mencubanya,tapi tak kesempatan nak gi membelinya,sib baik kak ipar aku pergi area sana semalam,so kirim aje kat dia,tapi dia pun pelik gak nak mencari bantal doyan ni.
Memang sedaplah tapi kecik sgtlah tak puas makan,reganya RM10.00 1 kotak ( ada 6ketul ),ada 3 perisa iaitu cempedak, manga & doyan (nanti nak cuba lak perisa mangga mesti sedap gak)

 Rupa luarannya

Rupa dalamannya

Sunday, April 3, 2011

HUJUNG MINGGU YANG .....

Hujung minggu dtg lg,tapi bosan gila.Sekarang ni hujung mingu je dapat kuar pun bsama ngan mak & adik2 aku.Tulah dulu elok2 Yayang kerja malam,disuruhnya tukar kerja siang,sekarang ni bila Yayang dh kerja siang bosan lak tak dapat kuar bersama dihujung mingu,malam mana ada tmt yang best nak gi.Inilah lumrah manusia kan tak pernah puas hati dengan apa yg ada.Tapi serius aku bosan ngan kehidupan macam ni,bila tgk pasangan lain dapat je bersama ngan suami masing2 bila cuti hujung minggu,kuar berdua-duaan,tapi aku tak dapat,tapi aku patut bersyukur jugalah kan,sekurang-kurangnya aku dapat gak kuar walaupun hanya bertemankan mak & adik2 aku.

Sabtu aku ngan adik2 bersama mak gi melawat adik sepupu aku kat hospital ampang puteri,pas melawat kami ke Home Town Yong Tau foo (makan sehingga kenyang gilos ),pastu aku ajak mereka menemankan aku ke Romantika Galaxy Ampang untuk membeli hadiah perkahwinan sepupu aku kat gombak,tapi takkan lah beli untuk pengantin je kan,haruslah juga ku beli untuk umah ku juga (tapi tetap tak puas hati sebab masih tak dapat beli benda yang aku idamkan tu,sebab bujet tak cukup ),pastu ke umah mak angkat ku pula kat selayang.Inilah aktivitiku di hari Sabtu.

Ahad lak ada jemputan kahwin kat Gombak,anak makcik aku 2 sekali naik pelamin,stay sana sampai kul 2 je,sebab nak balik awal tgk rancangan konsert hore2 Aznil,pastu duklah umah sampai ke malam,kul 8.30 malam aku ke Caw Kg Medan Wira Utama sebab kena bertugas untuk Persidangan Pu3 caw mereka.Tu pun aku bergegas nak balik untuk tgk ABP,tapi hampeh sebab kul 10.30 baru sampai umah,dah separuh jalan pun ABP tu.Bosan kan hujung minggu aku,tak tahulah sampai bila cam ni,kalau ada anak mesti aku tak bosan kan..........

Friday, March 25, 2011

MAKAN MALAM

Tak habis lg bab beday.Pas 3hari berlalu barulah berkesempatan sambut beday ngan yayang,walaupun tak kemana-mana,walaupun tak makan dihotel bertaraf 5star,walaupun bukan masakan dari chef handalan,tapi aku tetap gak berpuas hati,sekurang-kurangnya aku dapat gak sambut ngan yayang.
Walaupun tempatnya bagi separuh org tak best langsung tapi bagi aku inilah tempat paling best,walaupun meja makan tak sehebat candle light diner ditmt lain,tapi aku rasa sungguh romantis,walaupun bukan chef handalan yang masak,tapi aku rasa ni lah masakan yang best (aku request dr adik aku ijam buatkan kuahnya,lain dari yg lain) kalah chef dihotel-hotel tu.Makan Malam kami bertempat di Teratak Cinta CTZ di Jalan Kuching..heheheh,layan jelah picture.
 Signboard Restoran

Decoration Simple je,romantik gak


Romantik tak?Hehe tima kasih ayah sebab sudi makan malam ngan ibu.





Wednesday, March 23, 2011

BESDAY + MAKAN + HADIAH

Besday aku ngan abg aku sama 1 Mac cuma tahun jelah yg lain,tahun ni aku berusia 29thn manakala abg aku lak 35thn.Memandangkan besday aku jatuh pada hari bekerja jadi takdelah nak celebrate ngan Yayang.
Waktu lunch aku dapat pelepasan balik lewat bersama-sama ngan opismate (kak norli,kak ros,kak lia & yeni ) dorang belanja aku makan Kenny Roger btempat di The Mall ( tq ye,I L U All ).Ptg lak aku dapat kezutan dr opismate 27B sebiji kek berperisa Strawbery dari Secret Recipe yummm,bila masa tukang membeli pi beli pun aku tak nampak,padahal 1bilik,anyway tq.

Balik je keja aku pun pi hantar goodies beg dr umah ke umah.Malam lak abg aku & kak ipar aku belanja makan kat Restoran Hokkaido...pehhhhh makan lagi,tq ye buat abg ayie & kak lia moga murah rezeki kalian.Dapat lagi hadiah dari kak lia.Waktu makan terima pangilan dari kak zu merangkap tuan rumah aku,dia nak jumpa aku & mmg kebetulan aku pun nak jumpa dia sebab nak bg goodies beg kat anak dia,so jumpa kat tmt tuisyen anaknya...jeng2222 aku dapat sejambak bunga ros dari kak zu,tq kak.Sampai umah dapat lak hadiah dr adik aku shasha & ijam,tq korang bdua,akak sayang korang.

Tq semua yang wish beday aku,belanja,bg hadiah & serta doa2 yang kalian berikan,smoga tahun depan aku dapat sambut lg bersama family,kawan2 & yang paling aku harapkan,aku dapat menyambutnya bersama anak aku.(doa2 kanlah semoga aku dapat jd ibu ye )




SYUKUR ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah di atas izinNya aku masih dapat menyambut ulang tahun kelahiranku yg 29 thn.
Dengan izinNya juga aku masih bernafas lagi,Dengan izinNya juga aku diberi kesempatan untuk mengecap kebahagiaan bersama family ku.Tahun ni merupakan tahun ke2 aku menyambut ulangtahun kelahiran tanpa Arwah Abah,terasa sayu je bila aku sekeluarga berkumpul tanpa Abah disisi.
Syukur Alhamdulillah aku masih diberi rezeki untuk memberi anak2ku Goodies seperti tahun2 sebelumnya.Pejam celik rupanya aku dah mengamalkan amalan ni 7tahun bermula 2004,alhamdulillah.Walaupun goodies yang aku bagi kat anak2ku ini tak seberapa,tapi aku rasa seronok dapat berkongsi hari jadi aku bersama anak2 ini.(aku bagi kat anak2 yg bawah 12tahun diblok umah aku).Insyallah aku akan teruskan selagi ada umurku.
Tahun ni aku bagi getah & gelang buatan CTZ (girl) , pistol air (boy),makanan,topeng,belon,tiup2 & coklat oreo edible image ( semestinya BATMAN )

FEB SENYAP TANPA CRITA

Ketemu semula setelah lama tak menulis,banyak yang berlaku di bulan Feb cuma tak tahu nak bcerita.

Friday, February 11, 2011

DESA LAGOON AHAD

30.1.2011 Hari ni hujan mencurah-curah dari malam tadi malasnya nak bangun tapi kenalah jugak kan,kalau nak tido lama2 baik tak yah cuti.Lepas makan sarapan terus ke pantai untuk acara mini sukaneka.Dimulakan dengan acara kanak2,walaupun cuma 4 orang je kanak2 yang ada tapi tetap meriah,mana taknya gelagat anak2 buah aku je dah cukup lebih2 lagi abg adam...sampai menangis sebab kalah.
Acara orang tua lagilah best,yelah kebanyakkan perut dah ke depan mana lah larat nak berlari so tpaksalah buat acara yang ringan2 je.Tetap meriah walaupun hujan,macam2 ragam,hadiah tetap disertakan walaupun tak seberapa.Habis je acara sukan di pantai terus sambung kat kolam pulak,yang lelaki leh lak sambung main bola kat kolam tu tapi bukan pakai bola pakai kanak2 punya pelampung keselamatan yang pakai kat tangan tu...sronok nya aku tgk Yayang,gembira bangat dia (nanti kita bcuti lagi ye).

 

Kul 1tgh checkout dan adegan salam bersalaman.Aku sampai Jln Kuching jam 3ptg.Alhamdulilah slamat sampai walaupun hujan lebat selebatnya.
Memang sronok sangat,insyallah jika panjang umur dan rezeki lebih mungkin akan diadakan lagi.

DESA LAGOON SABTU

29.1.11 Sampai PD pun dah hampir kul 5ptg jln sesak gila,kejap2 dpt call dari family aku yang dah lama sampai kat Desa Lagoon tu,lagilah membangkitkan semangat aku untuk vrooooom selajunya.Sampai je kat sana simpan barang,masak nasi tuk makan malam terus aku tukar pakaian dan terus keboom ke dalam kolam.Best gila, lagi membuatkan keadaan menjadi sronok ni adalah kali pertama aku ngan Yayang cuti bersama yang melibatkan mandi manda ni sejak 12 tahun kami bersama.Ohhh bahagianya.Malam lepas magrib kami bersiap sedia untuk aktiviti Bbq.Sronok gila makan ramai2 ni,antara menunya :-BBQ ( ayam,pedal,daging kambing,sosej,ikan )nasi,mihun dan daging tetel masak asam pedas....fuhhh terangkatlah.
 Abang aku plak tetiba buat cadangan tuk sesi karaoke dan surprise party tuk besday women (my aunty) memang terkezut gila dia bila mula masuk kat bilik karaoke tu.Diteruskan dgn adegan nyanyi2 sambil ada cabutan bertuah tapi semua bertuah.Dimulai dengan lagu syahdu hingga mengalirkan airmata dan diakhiri dengan lagu gembira.Aktivi berakhir jam 12.00malam.
 Sesi tunjuk bakat

Siapa bertuah
 Besday Women yang colour oren ye



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...