Monday, December 20, 2010

Celebrate Besday Adam

20.12.2010 Besday Abg Adam - anak abg aka anak buah aka anak kesayangan my hubby yang ke 4 tahun.Kak Lia aka kak iparku nak belanja kami sekeluarga makan sempena besday Abg Adam,bertempat di The Steamboat- Ketam Village yang terletak di Desa Park City Kepong.1st time aku sampai sini,best gak tempatnya,ada tempat untuk rekreasi sambil melihat panorama dwaktu malam,nak shoping nak dating pun best.Makanannya pun sedap..tapi ya ampun tom yam soup dia pedas gila tapi sedap.Semua ada kecuali my hubby yang tak dapat join sbab lewat balik kerja..tak pe ayah next time kita pergi ye...Layan gambar makanan je lah

365 Hari Kau Masih Dalam Ingatan

19.12.2010 Genab 365 hari aku kehilangannya,terlalu cepat masa berlalu..namun kau masih dalam ingatan ini.Masih dalam ingatan saat-saat kami sekeluarga akan waktu pemergianmu.Abah,kau pergi meninggalkan kami.Akak amat merindui senyuman,ketawa,suara,jelingan,bebelan dan baranmu.Ketika hayatmu masih ada akak amat bencikan bebelan dan panas baran abah itu,yang kadang kala membuatkan akak teramat-amat marah,lalu akak tunjukkan muncung yang rasanya boleh disangkut 10 batang hanger,tapi kini akak amat merindui itu semua.
Abah,sebenarnya ada perasaan terkilan dalam hati ini,banyak benda yang akak nak lakukan untuk abah selepas perkahwinan akak.Banyak rancangan yang kami berdua ingin lakukan untuk kita sekeluarga yang tak dapat kami lakukan sebelum perkahwinan kami berdua.Salah satunya adalah percutian untuk kita sekeluarga yang tak dapat akak buat,disebabkan faktor kewangan kami berdua.Tapi sayang impian itu tidak kesampaian,yang dapat akak buat untuk tebus kembali adalah menjaga mak sebagaimana abah menjaga mak.Kami berusaha menjaga hati dan perasaan mak,cuba tunaikan segala hasrat atau permintaannya.Doa akak semoga ABAH bersemadi dengan aman disana dan bersama-sama dikalangan orang-orang yang beriman..- AKAK SAYANG ABAH -

Wednesday, December 15, 2010

Cencaru belah belakang & Lemak pisang nangka

15.12.10 balik je dr opis,salin baju terus je aku ke dapur menyiapkan makan malam kami sekeluarga..sambil menyiang ikan,pisang, menumbuk berbagai variasi utk dijadikan hidangan masakan mlm ni,aku dah terliur bila membuat bahan utk nak disumbat kedalam ikan cencaru ni..Kami sekeluarga mmg gemar makan ikan cencaru ni,tapi buat sdirilah yang beli tak sedap sgt.Resipi kedua2 lauk ni aku belajar dr arwah nenek aku (mak kpd abah aku ) aku mula belajar buat lauk ni dr usia aku 12 tahun lagi.Kalau mkn ikan cencaru ni,lawannya mestilah masak lemak pisang,kalu ngan lauk lain memang tak berapa nak layan,ditambah lagi bila dimakan dgn nasi panas2.

Sri Ternak

Ni kisah pd 14.12.10 kul 9.00 mlm,yayang ajak aku gi Sri Ternak utk beli ikan,dek kerana aku teringin nak makan ikan cencaru belah belakang dan masak lemak pisang nangka..sedap.Adik (angah) anak buah aku pun diangkut sekali ke sana..tinggallah abg adam dan along ngan nenek mereka dirumah.

Tuesday, December 14, 2010

( CHE ON BIN OTHMAN )ABAH 30.04.1946 - 19.12.2009

Hari ini 29.3.2010 100 hari arwah abah meninggalkan kami sekeluarga,cepat rasanya masa berlalu.Aku masih ingat saat2 terakhir abah meninggalkan kami,sungguh tenang sewaktu nyawanya diambil,mana boleh aku melupakan saat itu,ye hari tu hari sabtu jam 5.45 arwah abah dlm keadaan yg tiba2,walaupun sakitnya cumalah seminggu (sakit yg pasti aku sekeluarga xleh lupakan)yg kami sekeluarga tak akan jangkakan akan kehilangan arwah abah,tapi takdir menentukan segalanya.Doktor dtg kerumah & mengesahkan kematian abah jam 6ptg.Bermulalah detik kami adik beradik bergelar anak yatim,smpai skarang aku masih xpercayakannya..tapi aku bersyukur arwah abah dapat melihat aku kahwin,mmg itu yg dia akan doakan selepas solat"Ya Allah sekiranya Kau mahu mengambil nyawa aku,berilah aku kesempatan untuk melihat anak aku berkahwin"abah selalu bercerita pada sesiapa tentang hajatnya itu,abah doamu dimakbulkan,ye setelah hampir 2 bulan aku berkahwin,aku kehilangan abah.Sebenarnya banyak impian yg aku & suamiku rancang utk kami sekeluarga,perkara yg mak & abah tak boleh lakukan sebelum perkahwinan kami terlaksana,tapi apakan daya abah xsempat melaluinya.Aku rindukan perkara sewaktu bsama arwah abah,perangainya,kata2nya,senyumannya,jelingannya,perangai beranginnya & macam2 lg,aku tahu kawan2nya pun merinduinya.Arwah abah aku ramai kenalan,abah seorang yg ramah,sebaik saja pengumuman dilakukan disurau,sudah ramai yg dtg melawat jenazah,mereka seakan tidak percaya,hinggalah jenazah dibawa ke dewan semakin ramai yg dtg.20.12.2009 arwah abah telah dimandikan dan disembayangkan di masjid Batu 5 jam 10pagi,begitu ramai yg dtg,jenazah abah dikebumikan ditanah perkuburan Batu 5 jam 11.25pagi,ya Allah ramai sungguh yg dtg walaupun ketika ditanah perkuburan hampir 100 lebihAku tak mampu untuk meneruskan coretan aku,airmata ku berlinangan..semoga arwah abah ditempatkan dikalangan orang yg beriman & diterima olehNYA.Aku Rindu Abah.

Hari Persandingan

3.10.2009 Seawal jam 5.30 pg aku dh bgn utk menunaikan solat subuh,tido ke?Aku tak dapat tido mlm td,macam2 yg difikirkan,walaupun aku telah sah menjadi seorang isteri,tapi aku masih merasa debarannya..debar menantikan hari untuk disandingkan pulak.Macamana aku nak berhadapan dgn orang ramai esok,aku memikirkannya,aku tahu suami aku pun pasti merasakannya,maklumlah kami berdua sama2 pemalu & kami berdua mmg tak suka bergambar,macamana nk bergambar utk hari persandingan nanti ye....Pak andam aku sampai kul 8.30 dan pukul 9.00 aku dah nak dimekapkan,macamnalah muka aku ye bila dah dimekapkan,aku ni bukanlah seorang perempuan yg suka mekap,just yg simple2 je.Hahah aku rasa berat je muka ni ditampal ngan bedak yg berbagai-bagai,akhirnya lebih kurang kul 11.00 muka aku dh selamat,pastu memakai pakaian,tudung & segala bagai.Seksa gak untuk menjadi seorang permaisuri ni ye,aku xsabar nak tgk,tapi pak andam aku tak kasi tgk cermin,tunggu hingga habis,akhirnya hampir kul 12.30 aku telah siap sepenuhnya...ha aku tak percaya ini adalah aku..CANTIK(cewah perasan lak,sapa lg nak puji klu bukan diri sdiri).Ye aku dh siap utk turun ke dewan,dlm kereta aku lihat ramai jemputan yg dh sampai,lagilah aku takut..Jeng22 lepas je solat Zohor lbih kurang kul 1.35tgh aku mendengar bunyi paluan kompang menandakan ketibaan rombongan pihak lelaki,suami aku awal2 dh siapkan wang tol,tapi aku tgk sebelah aku senyap je (selamat duit laki aku).Apabila kipas yg menutupi muka aku dibuka utk dilihat oleh pihak suamiku & suamiku sendiri,lglah malu walaupun bukannya aku tak pernah tgk pun,tapi perasaan ni berdebar-debar,nasib baik pengapit aku ada kurang kit debarannya ( tq Eira & Wan yg sudi jd pengapit kami ).Kami duduk diluar dulu,sebab ada pertunjukkan dr pahlawan melayu yg terdiri dr Abg Ayie (abg),ijam(adik)angah(pakcik)abg amin(pakcik aku dr Singapore)Abg Taslim(abg sepupu) & juga Abg Man (K.Caw ) terima kasih wahai pahlawan.Tiba masa kami utk duduk di Singgahsana,upacara renjis merenjis dilakukan,saat yg sedih tentulah bila mak & abah menepung tawar sambil memberikan nasihat,aku cuba tahan airmata ni dr tumpah,tapi ianya tumpah gak.Selesai upacara merenjis,Raja sehari nak Santap pula,katering dr NH Delima tapi aku memang tak rasa lapar,lebih2 lg bila tgk ramai jemputan didepan ku.Saat suap menyuap dgn yayang lglah aku malu,jgn waktu ni je suap menyuap,pasni xde lak.Habis je upacara santap, masuk kedlm dewan utk upacara mengambil gambar,waktu ni memang kelakar,bayangkan bagaimana org yg tak suka bgambar,kena bgambar,kaku gila,nak senyum pun cam terpaksa je.Sesi seterusnya upacara memotong kek (tq Abg Aznie kerana sponsor & tq kak ina kerana buatkannya)dan membaling gula2 kpd kanak2(tapi ada gak org dewasa),Sebenarnya aku agak kecewa sikit bab potong kek ni,sepatutnya aku pakai gaun waktu upacara ni,tapi baju tu ada kt umah aku ditingkat atas & pak andam aku tercicirkan kunci umah aku,so terpaksalah pakai baju sanding tu juga,mmg frust gila.Yg bestnya selepas hbis majlis kunci tu dijumpai didalam beg pak andam aku(kunci tu menyorok) itulah yg dinamakan TIADA REZEKI.Upacara terakhir adalah salam & upacara berterima kasih.Kami mengucapkan terima kasih kpd semua pihak yg terlibat dr mula shingga akhir majlis kami.(Keluarga,makcik & pakcik,sepupu sepapat,budak2 flat,para sponsor,pengapit,pak andam,jurugambar,& kpd smualah baik secara lgsung @ tidak )Doakan agar Kami Bahagia Hingga Ke Akhir Hayat.Ibu Sayang Ayah.

02.10.2009 Malam Berinai Besar

2.10.2009 Lepas je majlis akad nikah,aku telah sedia untuk dimekapkan untuk majlis Berinai & persalinan,pak andam aku bg cadangan untuk buat persalinan dulu supaya mudah kit.Aku xnak salin pakaian banyak2 karang aku penat trus masuk hspital lak,jd aku cuma ambik 2 persalinan iaitu baju melaka & lenga ( sejenis pakaian india )berbagai gaya aku disuruh lakukan,dhlah aku ni susah nk senyum tetiba disuruh buat mcm2.Jeng2222 lepas isyak aku berinai besar,mak aku dh pesan kt pak andam aku supaya jgn naik sekali,kena asing-asing,ikut adat orang dulu2.Meriah ada pasang bunga api yg dibuat dr buluh (tradisional) dipasang sbanyak 10 biji & juga bunga api KLCC (moden),mmg meriah.Ramai gak tetamu yg dtg,walaupun cuma mlm berinai hmpir 300 lbih org,alhamdulilah.Lepas majlis berinai,family suami aku trus balik,suami aku pun balik umah mak dia,takut xde seri.Malam tu berbagai-bagai persiapan saat akhir dilakukan,siapkan pelamin,kemas sikit dewan,mcm2 lagilah.Aku berdebar menanti hari esok,untuk disanding bersama suamiku,malu nak berhadapan ngan org ramai.Ibu Sayang Ayah.

02.10.2009 Hari Pernikahan

2.10.2009 Hari ni selepas Asar aku ( Siti Hajar Bt Che On ) telah sah menjadi seorang isteri kepada suamiku ( Zakaria Bin Mat Lazim ) dengan mas kahwinnya RM 100.00.Akhirnya penantian kami selama 11 tahun untuk bersama telah terlaksana,berlinangan airmata aku & juga tetamu yg mana juga telah lama menantikan saat kami disatukan.Aku tahu yg lagi sedih tentulah kedua orang tua aku,Mak & Abah.Saat abah membacakan surat keizinan atau lebih sesuai dipanggil menyerahkan aku kpd suamiku merupakan saat yg amat syahdu,selama 27 tahun aku dibawah perlindungan abah & mak,selama itu juga betapa susahnya mereka membesarkan aku yg menpunyai penyakit,akhirnya aku dilepaskan,terima kasih mak & abah,akak sayang kamu berdua.Heheh sedih plak tiba-tibakan.Berbalas dulang hantaran 9 dan 11,tema purple dr aku,coklat emas dr suamiku.Batal air sembayang lak,suami aku telah memberi seutas rantai leher dan seutas gelang tangan.Aku lak bg Seutas gelang tangan dan sebentuk cincin untuk suami tsayang.Ibu Sayang Ayah

Menjelang Hari Bahagia Kami

30.9.09:Tinggal lagi 2hari je majlis aku,dpt berita camerawoman aku dimasukkan ke hospital,dugaan yg ke empat sbelum majlis,aku kebingungan mana nk cari last minit ni,sib baik abg aku dapatkan cameraman utk ambil video,lega kit kepala hotak ni,aku dh start cuti,tapi yayang still kerja lg.Aku ni boleh dikategorikan pengantin brutal,sebab:sepatutnya bakal pengantin dh xleh kuar,xleh drive,tapi aku dok hari-hari ni kuar,ada je yg nak kena buat,sampaikan dari hari start cuti tu aku dok kehulu kehilir.1.10.09:Tinggal 1hari still lg aku kuar,sogo,klcc,pasar chow kit,bremall tapi bukan jln2,membeli brg keperluan disaat akhir.Ptg balik rumah sewa aku,oh ye,aku pas kahwin ni duk rumah sewa,tak jauh pun kat blok depan je,dapur mengadap umah mak aku,tgk bilik pengantin,bilik pengantin ni dibuat oleh tuan rumah aku sendiri tau,Kak Zu,tq Sis.Pastu bab hantaran,repair kit apa yg patut direpair,smua dh siap cuma yg tinggal buah & Sirih je,sok pg baru buat,bekasnya dh siaplah.Malam mnejelang tiba,semakin kuat debaran didada,turun ke dewan tgk apa yg patut,khemah dr hari rabu dh siap pasang,cuma dalam dewan,pemuda2 flat yg tlg kemaskan,aku menanti pak andam aku sampai untuk pasang pelamin.

Syawal 2009

1 Syawal 1430 bersamaan 20 September 2009,insyallah tahun ni merupakan tahun terakhir aku beraya sebagai Cik Siti Hajar Bt Che On anak dara Che On,waktu mohon maaf drpd mak & abah sayu je terasa hati ini,siap buat ucapan raya terakhir sebagai anak dara mereka..sedih siot,oklah raya tahun ni cuma tak berapa meriah,sebab raya tahun ni sibuk ngan persiapan kahwin,lg 10 hari je,aku bakal menamatkan zaman bujang,macam-macam perasaan ada.

Persiapan Kahwin

11.9.2009 Kad kahwin dh siap,so aku cuma ada 19 hari je utk menghantar kad jemputan ini,huh mmg kerja gila...sempat x sempat aku malas nk fikir.Balik je dr ambil kad,aku asingkan yang nak tulis nama jmputan yg kat Singapore sbab abg aku nk bertolak ke singapore mlm tu juga,so tugas tu diserahkan kat kakak ipar aku.Malam terus aku ambil senarai nama jemputan yg dh awal-awal aku & yayang buat,senang kit kerja kami,kena siapkan sebelum raya,sebab bila gi umah sedara mara senang kit,terus je bg.Yang mana susah nk jumpa aku serahkan je pd sedara yg tdekat,kat abg aku,kak ipar aku,abah bahagian surau,mak bahagian flat...kerjasama amalan mulia.Kad ni disponsor oleh kak Lia ( Kak ipar )tq sis.

Kad Kahwin Kami

Kad kawin xtempah lg..plan nk pegi pas balik keja,tapi aku dh 2minggu sakit..mc pun brapa hari dpt,tapi still gi ofis,wlaupun kena kuarantin...mmg gila kan?Plan ngan yayang nak gi Sabtu,pas balik keja,tapi tahulah jln TAR klu sabtu tgahari msti sesak gila ngan lautan manusia,so kami plan gi hari ahad je...Ahad 30hb kul 9.30 dh kuar umah..smpai je Pertama,kedai byk x buka lg...so round2 dulu,dh kul 10.30 pun kedai card xbuka lg...so kami pergi dulu Sogo cari kasut utk hari nikah & sanding...muka Yayang aku dh penat..cian dia,cari punya cari dpt beli utk yg nikah je,yg utk sanding xde yg aku bkenan...hbis je bli kasut,gi balik pertama kedai buka,tapi xde org lak..so yayang aku pun temperlah..last kami cari kedai lain..dptlah kedainya..
Balik je adik2 ku dh plan nk makan kt luar berbuka nnt...selamat xyah masak..tmpat yg terdekat Iswara Tomyam lah jwbnya..Yayang cadang nk masak utk sok besday mak,31.8.2009 mak berusia 52 tahun,sama merdeka,tapi aku xtahu lg.Sok,sok punya crita,mlm layan crita Hati Malaya,syahdu critanya,airmata aku pun ikut mgalir,trutama bab Tengku nk gi dptkan kemerdekaan,utk ke London,waktu tu rakyat sgup menyerahkan harta benda utk mencapai kemerdekaan..tapi generasi skrang xtahu apa makna kemerdekaan yg sbenar.Bila merdeka je..ramai2 kumpul kt dataran,BB utk bseronok..tapi xtahu menghayati erti sebenarnya.

Persiapan Katering & Andaman

sambungan crita.Ptg 16hb tu gi jumpa Hj Hussin utk katering,blum lg aku smpat crita apa2..dh dh senyum (dia pun cam xcaya aku nk kawin)hahah.so bg date kt dia,takut lambat2 kang btembung lak ngan org lain,tu pun date utk bulan 11 ke atas dh penuh,sib baik time aku masih kosong..18hb mlm jumpa pak andam lak kt selayang ( namanya Lan ),dh lama dh dpt nbr dia,tapi xpenah pun nak call..oklah orgnya pun bagus...byk critanya,yg penting dia jenis give & take lah.Yg paling kelakar dia leh kutuk yayang aku depan2..adakah dia kata suara yayang aku mahal sgt,susah nk mdengar suara yayang aku...yg mana kenal yayang aku msti tahu dia camne kan?

Baju Nikah

Seminggu sbelum puasa ( ahad 16.8.09 ) aku , yayang & fmily pegi cari kain utk buat bju raya & bju nikah utk yayang pakai,coz aku punya dh beli siap kat Indonesia.Sambil2 tu bli sikit2 barang utk buat hantaran…bestnya dpt kuar mcm ni,maklumlah kami jarang kuar,coz my yayang mmg xminat gi tmt yg ramai org ni.Aku pun ambillah kesempatan beli hadiah smpena anniversary kitaorg yg ke 11 tahun pd 8.8.09.

Persiapan

Nak tulis apa ye?hah dh dpt idea…lepas je aku dan yayang ambik kata sepakat utk bina mahligai pd 3.10.09,terus buat apa yg patut,.nasib baik kebanyakkan brg2 aku dh buat awal:-cenderamata utk tetamu smuanya dh disiapkan awal tahun lepas lg.Brg2 utk hantaran pun kebanyakkan dh dibeli dan dr pemberian kak Dijah ( isteri abg amin )dr Singapore ( dia ni pangkat apa pd aku,aku xleh nk kupaskan ) anyway thanks sbab byk membantu kami.Hantaran aku buat sdiri,begitu juga ngan yayang ( yayang sbenarnya lebih handal dr aku bab ni ).

Tiba Saatnya

Akhirnya detik yg dinantikan akan dtg..insyallah 2.10.2009 mahligai cinta aku & z akan terbina, stelah 11 tahun menyulam cinta ,3 tahun ikatan pertunangan diikat.Kami mengambil keputusan walau apapun yang terjadi,kami akan tetap teruskan niat ini...

Buat blog 28 Jan 2009

Buat blog dr Dec..tapi hari ni baru dpt blajar buat sepenuhnya,xdelah susah sgt,cuma rumit skit.Tapi klu xblajar mcamana nak tahu...

Memunggah barang dr rumah lama ke rumah baru

Sedang sibuk mengalihkan ceritera dari rumah lama ke rumah baruku (blog).Bila dah selesai mengalihkannya,barulah best utk mencantikkan my new house.

Friday, December 10, 2010

Perpindahan rumah baru

hehe aku telah berpindah ke rumah baru ( bloglah ) aku bertekad mulai Jan 2011 aku nak terus aktif menulis di blog...harap-harap menjadilah,jgnlah sikap M melanda diriku ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...