19.12.2010 Genab 365 hari aku kehilangannya,terlalu cepat masa berlalu..namun kau masih dalam ingatan ini.Masih dalam ingatan saat-saat kami sekeluarga akan waktu pemergianmu.Abah,kau pergi meninggalkan kami.Akak amat merindui senyuman,ketawa,suara,jelingan,bebelan dan baranmu.Ketika hayatmu masih ada akak amat bencikan bebelan dan panas baran abah itu,yang kadang kala membuatkan akak teramat-amat marah,lalu akak tunjukkan muncung yang rasanya boleh disangkut 10 batang hanger,tapi kini akak amat merindui itu semua.
Abah,sebenarnya ada perasaan terkilan dalam hati ini,banyak benda yang akak nak lakukan untuk abah selepas perkahwinan akak.Banyak rancangan yang kami berdua ingin lakukan untuk kita sekeluarga yang tak dapat kami lakukan sebelum perkahwinan kami berdua.Salah satunya adalah percutian untuk kita sekeluarga yang tak dapat akak buat,disebabkan faktor kewangan kami berdua.Tapi sayang impian itu tidak kesampaian,yang dapat akak buat untuk tebus kembali adalah menjaga mak sebagaimana abah menjaga mak.Kami berusaha menjaga hati dan perasaan mak,cuba tunaikan segala hasrat atau permintaannya.Doa akak semoga ABAH bersemadi dengan aman disana dan bersama-sama dikalangan orang-orang yang beriman..- AKAK SAYANG ABAH -

No comments:
Post a Comment