Friday, June 24, 2011

KAU MASIH DI HATI INI

Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Bapa buat mereka yang bergelar Bapa,Abah,Ayah,Walid,Daddy,Papa,Abi dan apa jua panggilan untuk Insan yang Mulia ni...Pada mereka yang masih punyai Abah hargailah mereka selagi mereka masih ada......

 Al Fatihah buat arwah abah ku ...CHE ON BIN OTHMAN

HAPPY BESDAY IJAM

15.6.2011 Hari Lahir adikku ku yang bongsu,tahun ni Ijam berusia 20tahun,kejap je kan masa berlalu sedar2 adik aku dah besar (tapi mmg pun orgnya BESAR).Akak doakan semoga Ijam panjang umur,dimurahkan rezeki,kehidupanmu sentiasa dirahmati oleh Allah,jadi anak dan adik yang baik dan berguna kerana ingatlah yang Ijam sekarang merupakan ketua keluarga penganti Arwah Abah yang telah diamanahkan untuk menjaga mak ( ingat pesanan arwah abah ).


Sempena beday adik aku ni,aku ajak yayang gi makan kat Restoran Hokkaido berhadapan ngan Vistana hotel,sebab utama adalah aku kepingin sangat nak makan ketam sweet sour tu…dah dekat seminggu mengendeng baru dapat tu pun sebab gunakan alasan beday ijam…hahaha jahat kan aku ni….sampai sana meja semua dah penuh termasuklah zon hawa dingin…terpaksalah makan kat meja yang ala2 romantik siket (kurang pengcahayaan).
Untuk pengetahuan korang, ini restoran cina tapi ada gak pekerjanya  melayu dan makanan yang disediakan memang seafood saje... no pork served.…cuma terpulang pada korang untuk buat judgement sendiri...memang ramai customer melayu makan kat situ.Pada aku makanan yang disediakan sangat-sangat sedapp.
Menu dinner malam tadi tentulah sweet sour crab,pak choy,lemon chicken,siakap steam asam,nasi, chinese tea and air longan.Total kesemuanya RM170…sekali sekala bolehlah kan….



Tuesday, June 21, 2011

PENGALAMAN BARU ANAK2 KU

Cuti sekolah yang lepas aku bawa anak buah aku yg ber3 tu pergi Zoo Negara...cian dorang tempat2 lain semua dah gi termasuk USSingapore tapi Zoo Negara tak pernah gi.Aku,yayang,mak & adik2 ke gi sana waktu tengahari sebab tak merancang pun nak gi...sampai sana fuuuh parking susahnya..banyak perubahan ye maklumlah aku last gi waktu umurku 12thn tu pun gi rombongan sekolah.Total keseluruhan nak masuk Zoo RM118 tapi tak termasuk serangga.
Seronok tu..memang banyak perubahannya.Yang paling membuatkan aku seronok mestilah sebab ada yayang,sebab start tahun 2011 ni bila nak kuar ngan yayang waktu malam je...siang kerja.Dan seronok bila tgk family aku dapat bjalan (kecewa sebab tak dapat gi Melaka).Betapa excited anak buah aku terutama angah & abg adam bila dapat melihat binatang2 kat sana ( selalu tgk kat Tv & buku ) je...dapat plak dengar perbagai bunyi dan tengok keletah binatang2 yang ada.Memang seronok melihat keterujaan mereka lantas membuatkan aku lagi excited untuk menerangkan tentang kehidupan binatang2 tu.Memang enjoy gila...happy aku bila lihat family aku happy...paling best bila abang adam tak habis2 bcerita pasal lawatannya ke Zoo pada mama & abahnya (sampai taknak buka tag kat tangan,katanya nak tunjuk kat mama & abah).Layan gambar je k....

                                                            Antara animal yang ado

                                                                           Hapy je

                                                                       Aneka ragam

        Yayang bersama anak2

                                                       Keterujaan melihat ciptaan Allah

                                                           Ibu,akak,mak ngah sayang korang

                                                                   Permata hati KAMI

                                                                    Sayang korang

KITA MERANCANG TAPI .....

Entry cuti sekolah yg lalu.Sepatutnya awal bulan Jun aku dan yayang dah plan nak bawa mak & adik2 aku pergi melaka...aku dah plan dari awal bulan Mei lg,siap buat list tempat2 yang aku nak gi (dekat 1/2 ketas A4 juga) aku minta abg aku bawakan sebab guna kereta dia & secara automatik dia jadi pemandu pelanconglah sebab dia expert kit bab jalan2 ni.Tapi apakan daya kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan.Pada hari yang sepatutnya kami nak gi tu mak awal2 dah kejutkan adik2 aku seawal jam 7pg sebab katanya abang aku nak kuar awal takut jem (last2 dia sampai umah kul 9pg) bergeraklah kami menuju destinasi.Tapi aku perasan sepanjang perjalanan kami dr umah tu suasana sunyi sepi je tak macam slalu bila kami nak bercuti...riuh seriuh riuhnya...rupanya ada sebabnya.
Abang aku berhenti jap kat hentian Seremban sebab angah (anak buah ) aku nak mandi.Lepas selesai segala urusan kat toilet masuk je kereta semua bersepakat tak jadi meneruskan perjalanan atas sebab2 yang tertentu....pulanglah kami dengan hati yang sedikit hampa tapi itulah yang harus ditempuhi.
Aku sedikit hampa sebab memang aku nak sangat bawa mak berjalan ke Melaka sebab dia nak makan ikan bakar kat sana...sebab tu aku plan ngan yayang kutu yang dapat bulan 6 memang aku peruntukan untuk mak....
Ni lah yang dikatakan Kita Hanya Mampu Merancang...tapi Dia yang menentukan.

Friday, June 3, 2011

MAK & JAMAL

17.5.2011 Abg aku bawa mak gi PWTC sempena dgn Hari Ibu Bersama Jamal Abdillah ditaja oleh Kak Ipar & Abg aku.Seronok aku tgk mak gembira sebab dapat tgk artis pujaan dia.Balik je dari show tu tak habis2 dia bercerita tentang show Jamal,mmg the best.Jamal siap bertanya soalan kat mak ' Siapa nama makcik ' bila mak jawab Melor terus Jamal nyanyikan lagu Bunga Melor walaupun hanya beberapa rangkap.Mak siap dapat masuk kat dalam bilik conferences bergambar bersama Jamal lg.
Hari2 dia ulang tgk CD yang abang aku rakamkan.

Aku hapy bila lihat mak hapy...Akak Sayang Mak

AKAK SAYANG MAK

8.5.2011 Pagi lepas menziarahi pusara abah,terus ke JJ Wangsa Maju bawa mak & adik2 sarapan pagi kt sana,pastu ke Kg Baru,Selayang Mall balik umah.Tak ada acara potong2 kek sebab mak tak suka makan,baik aku belikan apa yang mak suka makan...betul tak?

Malam lepas Yayang balik keja dia ajak keluar lokasi ke JJ Wangsa Maju lg sekali (makan malam lak) ni pun sebab mak request.Balik umah aku bg mak aku hadiah yang tak seberapa pun tapi aku pasti mak suka....aku belikan mak VCD Original kumpulan UK's kumpulan yang mak minat.Aku tak bawa mak makan kat hotel2 @ tmt2 yang mewah,tapi aku lebih suka bawa mak makan berulang2,cthnya hari ibu kan pd 8.5 ( ahad ) tapi aku berlanjutan bawa mak & adik2 aku kuar makan malam selama seminggu,ikut je mana mak nak gi aku & yayang akan bawa.Seperti yang aku cakap sebelum ni aku akan cuba penuhi apa saja yang mak mahukan..insyaallah...aku tak nak menyesal lg.

Akak Sayang Mak...doakan semoga akak dapat jadi seorang ibu

IBU MERTUA KU & ADIK IPARKU

Lama tak menulis kt cni,bila penyakit M dah dtg camni lah rupanya.Dah masuk bulan Jun bermakna dah stengah tahun kita utk tahun 2011 ni kan....
Aku nak crita pasal sambutan Hari Ibu yang dh hampir sebulan berlalu tapi lum basi lg kan sbab lum cukup sbulan pun.
6.5.2011 ( Jumaat ) aku gi umah mak mertua celebrate Beday adik ipar sekali gus sambut skali hari ibu (hari ahad tak dpt gi umah mak mertua ) kira aku sambut advance.Tahun ni aku & yayang belikan Seutas jam buat ibu mertuaku & juga utk adik iparku.Kek berkongsi ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...