Tuesday, January 25, 2011

KEHILANGAN LAGI

Sabtu 22 Januari 2011
Sekali lagi aku kehilangan,kali ni Citam pula yang meninggalkan aku.seperti biasa aku bangun dari tidur aku terus keluar untuk melihat arnab2 peliharaan aku,Ku lihat dari jauh seolah-olah Citam sedang tidur,tapi kenapa nafasnya tidak berombak seperti selalu?Aku menghampiri sangkar dengan lebih dekat,memang tak nampak nafasnya berombak seperti selalu,aku sentuh badannya...sejuk.Citam dah tiada,telah menemui PeciptaNya.

Citam telah mengikut Boy (hubbynya) setelah Boy meninggalkannya 4hari.Malam tadi merupakan malam terakhir Yayang membersihkan tempatnya dan malam terakhir aku memberi Citam makan dan minum juga merupakan malam terakhir Cilang dan Cilat bersama ngan ibu mereka. 
 
Citam adalah arnab kedua yang aku bela.Yayang mengebumikan Citam dikawasan sekolah tempat Yayang kerja sebelah dengan tempat Boy dan berdekatan dengan 2 ekor anak mereka.Jasad mereka akan selamanya bersemadi di SMK Sri Hartamas.Sekarang aku cuma ada 2 ekor je arnab.Boy & Citam telah meninggalkan mereka untuk aku dan Yayang,aku akan jaga mereka sebaik mungkin.

Bersemadilah dengan aman disana.

Monday, January 17, 2011

KEHILANGAN

Selasa 18 Januari 2011
Sebaik bangun dari tidur,mak terus terjah bagitau yang Boy telah kembali kepada PenciptaNya.Lantas aku berlari untuk melihat jasadnya.Ku sentuh tubuhnya sejuk dan keras.Boy telah tiada lagi.

Aku tak dapat melihat sewaktu nyawanya diambil,hanya mak yang dapat mendengar nafasnya.Selalunya aku akan terjaga dikala malam menjengah ke pagi untuk ke tandas tapi pagi ni aku langsung tak terasa nak ke tandas seperti biasa,kalau tak mesti aku dapat tengok keadaan Boy.Malam tadi merupakan malam terakhir Yayang membersihkan tempatnya dan malam terakhir aku memberi Boy makan dan minum. 

Aku masuk kebilik untuk memberitahu Yayang tentang tentang kematian Boy,airmata aku mengalir laju mengenangkannya.Boy telah beberapa lama sakit,tapi kesakitan dia cuma mengalami luka2 yang seakan seperti bergaduh sedangkan Boy cuma duk sorang2 je kat dalam tempat dia,memang aku asingkan tempat tinggalnya sebab dia manja.Yang lain bila malam tempat mereka akan tetap diluar,tapi Boy aku akan bawa masuk kedalam rumah.Setiap malam Yayang akan sapukan ubat ke tempat lukanya.Aku nampak berkurangan tapi Yayang baru perasan luka dileher Boy teruk,aku pun tak pasti bila luka tu ada.

Aku teramat sedih dengan pemergiannya,tapi jika itu lebih baik buatnya aku redha.Walaupun aku pernah kehilangan anak Boy seramai 2 ekor tu pada 27.12.2010 tapi aku tak sesedih bila kehilangan Boy kerana Boy adalah arnab pertama yang aku bela.Yayang mengebumikan Boy dikawasan sekolah tempat Yayang kerja.Jasadnya akan selamanya bersemadi di SMK Sri Hartamas.

Aku kehilangan sekali lagi,aku sayangkan Boy tetapi dia tetap pergi kerana Allah lebih sayangkannya.Bersemadilah dengan aman disana.

Thursday, January 13, 2011

SUMBER ILHAM KU

Kau ilham ku macam lagu Mai Bai tu lak bunyinya.Walaupun aku dah mula buat  blog dari Dec 2008 lagi,mula menulis Jan 2009 tapi sekadar menulis 1 cerita je pastu stop,sampailah kisah perkahwinan aku,tu pu sebab aku nak abadikan kisah perkahwinan aku kalu tak memang tak de ceritalah.Selebihnya aku hanyalah sekadar membaca blog org lain.Tapi bila aku mula membaca blog Ida Cottage oleh Kak Ida,Istimewa Untuk Mu oleh Kak Fydrahim,Terimalah aku seadanya oleh Kak Azlina,Jari Intanku oleh Kak Intan aku mula tertarik,sebab utama adalah mereka memperkenalkan tema ESD.Aku memang minat dengan ESD ni cuma tak tahu bagaimana nak dapatkan,apa bentuk yang ada ( selain yang aku tahulah ) tapi bila menatap blog mereka aku jadi bertambah minat ( sebenarnya dah lama ikut blog mereka,tapi baru tahun ni aku follow ) dan baru aku tahu rupanya kisah aku yang dengar pasal ESD ni mahal,sebenarnya boleh jadi murah kalau kita pandai dan tak semestinya kalau duk kat umah Flat cam aku ni tak boleh berdeko ESD.Merekalah Sumber Ilham Ku..

MOGA JADI KENYATAAN

Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya,Tahun 2011 telah menjelma.Untuk tahun 2011 aku mengharapkan agar apa yang aku impikan akan menjadi kenyataan.Terutama yang berkaitan diantara aku dan Yayang.Impian aku untuk tahun 2011 jika diizinkan :-
* Semoga Aku dan Yayang dapat menjadi ayah dan ibu
* Diberikan yang terbaik dari segi kesihatan dan kewangan
* Mengurangkan hutang2 yang sedia ada
* Membawa mak dan adik2 pergi bercuti ( yang tak dapat dilakukan sebelum kami berkahwin )
* Nak gi Bali bersama Yayang ( Wedding Aninversary )
* Nak jadi isteri yang Solehah
* Nak kurangkan perangai cepat baran
* Sentiasa nak senyum ( boleh ke )
* Nak tingkatkan pretasi kerja
* Tak nak fikirkan tentang org lain ( fikirkan tentang diri aku dulu ) boleh ke?
Semoga ada diantaranya akan tercapai...Amin

Sunday, January 9, 2011

MALAYSIA BERJAYA

Skuad bolasepak Negara telah mengharumkan nama Malaysia sekali lagi. Tahniah setelah 14 tahun kita menunggu akhirnya Piala Suzuki berada dalam Negara kita. Aku hanya jadi penonton  kat umah je ( teringin gak nak nengok kat kedai2 yang berdekatan ) tapi Yayang mesti bising, walaupun aku nengok kat umah tapi meriah gak dengan pekikan kami sekeluarga dan jiran2 sebelah. Cerita pasal bola ni aku minat gak terutama waktu kecil dan meningkat remaja, pasukan pilihan mestilah Selangor. Antara pemain bola yang aku minat Azman Adnan,Rusdi Suparman,Sharin Majid,Sharil Ashad,Ismail Ibrahim,Asroff Hanafiah,Mohd Nizam Adha,Radhi Mat Din,penjaga gol yang aku minat Rashid Hasan,Azliham Ibrahim,Karel Stromsik. Lagenda bolasepak yang aku kagumi Arwah Mokhtar Dahari,Zainal Abidin,Dollah Salleh,Ridwan,Mendiang Arumugam,Fandi Ahmad,Malek Awab, Santokh Singh,Soh Chin Aun dan Ghani Minhat ,walaupun tak lama aku dapat melihat mereka beraksi ( sebab aku kecil lg masa zaman mereka ) tapi aku banyak dengar cerita kehebatan mereka melalui Arwah Abah aku,dan ada antaranya aku dapat tengok semula apabila ada perlawanan Veteran Selangor dan Veteran Singapore berlawan.Aku juga berbangga sebab Arwah Abah aku juga mengenali mereka dengan lebih dekat..ye aku tak tipu ada gambar mereka bersama Arwah Abah. Aku mula-mula dulu pun tak percaya,macam bila adik-adik aku dan orang lain tak percaya,tapi bila lihat sendiri arwah abah jumpa mereka barulah aku percaya.Waktu arwah abah meninggal pun ramai diantara mereka ni datang..hah!!! baru korang percayakan. Aku harap pasukan Kebangsaan kita yang ada sekarang ni jangan mudah lupa diri hanya tahu nak glamour je..teruskan usaha untuk menaikkan semula sukan bolasepak Negara kita..biar rakyat kita lagi berminat pada skuad Negara berbanding skuad negeri orang putih tu. Majulah Sukan Untuk MALAYSIA.

JALAN DI KOTA SINGA

Sebelum berakhirnya tahun 2010 aku sekeluarga telah ke kota Singa.Cuti aka melawat aka bulan madu aka bergambar dan mungkin juga hadiah sempena 1st anniversary ( walaupun dah lewat 2 bulan ). Janji aku dapat bersama ngan Yayang. Niat di hati nak bergambar di Orchard yang memang menarik persekitarannya bila tiba hari Krismas…tapi ya ampun ramainya lautan manusia kat sini,sampai jalan ditutup untuk kenderaan persedirian kalau nak gi kena naik pengakutan awam ye. Jadi alamatnya ambik gambar dr dalam kereta jelah yang aku dapat….Hajat aku nak pergi ke Makam Habib Noh dapat juga kali ni ( bulan Feb 10 yang lalu aku tak dapat naik ke makam sebab kesihatan ) Alhamdulilah.Cuma kali ni terasa kurang sebab sekejap sangat rasanya aku kat Kota Singa ni.Insyallah aku akan kembali lagi ke Kota ini..ada dalam list untuk 2011.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...