Sunday, January 9, 2011

MALAYSIA BERJAYA

Skuad bolasepak Negara telah mengharumkan nama Malaysia sekali lagi. Tahniah setelah 14 tahun kita menunggu akhirnya Piala Suzuki berada dalam Negara kita. Aku hanya jadi penonton  kat umah je ( teringin gak nak nengok kat kedai2 yang berdekatan ) tapi Yayang mesti bising, walaupun aku nengok kat umah tapi meriah gak dengan pekikan kami sekeluarga dan jiran2 sebelah. Cerita pasal bola ni aku minat gak terutama waktu kecil dan meningkat remaja, pasukan pilihan mestilah Selangor. Antara pemain bola yang aku minat Azman Adnan,Rusdi Suparman,Sharin Majid,Sharil Ashad,Ismail Ibrahim,Asroff Hanafiah,Mohd Nizam Adha,Radhi Mat Din,penjaga gol yang aku minat Rashid Hasan,Azliham Ibrahim,Karel Stromsik. Lagenda bolasepak yang aku kagumi Arwah Mokhtar Dahari,Zainal Abidin,Dollah Salleh,Ridwan,Mendiang Arumugam,Fandi Ahmad,Malek Awab, Santokh Singh,Soh Chin Aun dan Ghani Minhat ,walaupun tak lama aku dapat melihat mereka beraksi ( sebab aku kecil lg masa zaman mereka ) tapi aku banyak dengar cerita kehebatan mereka melalui Arwah Abah aku,dan ada antaranya aku dapat tengok semula apabila ada perlawanan Veteran Selangor dan Veteran Singapore berlawan.Aku juga berbangga sebab Arwah Abah aku juga mengenali mereka dengan lebih dekat..ye aku tak tipu ada gambar mereka bersama Arwah Abah. Aku mula-mula dulu pun tak percaya,macam bila adik-adik aku dan orang lain tak percaya,tapi bila lihat sendiri arwah abah jumpa mereka barulah aku percaya.Waktu arwah abah meninggal pun ramai diantara mereka ni datang..hah!!! baru korang percayakan. Aku harap pasukan Kebangsaan kita yang ada sekarang ni jangan mudah lupa diri hanya tahu nak glamour je..teruskan usaha untuk menaikkan semula sukan bolasepak Negara kita..biar rakyat kita lagi berminat pada skuad Negara berbanding skuad negeri orang putih tu. Majulah Sukan Untuk MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...