Friday, April 29, 2011

Selamat Hari Lahir ABAH


Hari ni 30.4.2011 hari lahir Abah yang ke 65 thn,tiada lagi sambutan , hadiah dan ucapan yang tiap2 tahun aku lakukan untuk abah.Tahun ni merupakan tahun kedua tak dapat sambut ulangtahun kelahiran abah,walaupun sambutannya tak seberapa sama ada masak makanan yang enak2 makan beramai-ramai @ pun gi makan kat luar je,tapi aku rasa hapy sgt sebab dapat berkumpul camtu.Hadiah buat abah smestinya ada,walaupun tak mahal dan walaupun abah bising2 sebab dia akan kata tak payahlah beli hadiah2 ni membazir je,tapi aku tahu dalam hati dia mesti suka.Hadiah hari lahir abah yang terakhir aku belikan ialah tahun 2009 berupa pembakar roti sebab yang lama punya dh rosak hampir 3 bulan,walaupun dia tak minta kat aku ,tapi dia ckp kat mak nnt dia nak beli,aku sengaja lengahkan beli sebab mmg nak bg waktu besday dia.(bergenang airmata aku dikala ni mengingatkan arwah)

Kalau nak diikutkan banyak lagi benda yang aku nak lakukan untuk arwah abah yang tak sempat aku lakukan semasa hayat dia ada,tapi apakan daya aku telah kehilangannya.Kadang2 aku rasa menyesal sebab tak buat sewaktu hayatnya ada,tapi masa tu aku tak berdaya ( masalah kewangan tak kukuh lg ) tapi aku tahu yang abah mesti faham masalah yang aku hadapi ni kan.Sebab tu skarang ni aku cuba buat sedaya upaya apa yang mak aku mahukan,aku tak nak menyesal lg..........

Pengorbanan abah sentiasa dalam jiwa dan sanubari ini,Akak Rindu Abah.Semoga roh abah tenang disana dan ditempatkan dikalangan org2 yang beriman dan terpilih olehNYA.



Monday, April 18, 2011

HAPY BESDAY ANGAH

14.4.2011 merupakan besday anak buah aku yang kedua,usia dia pada tahun ni 8 tahun.Nuryn Nadia @ Angah.Mak ngah doakan semoga Angah menjadi anak yang solehah,hidupmu sentiasa dirahmati Allah,menjadi anak kebanggaan,usiamu dipanjangkan dan yang amat2 mak ngah harapkan semoga angah dapat buang sikap
ber angin yang ada dalam diri angah ( dia ni cepat benar berubah sikap,tgh2 boleh gelak,tgh2 tu juga dia boleh berangin)

Hadiah buat angah awal2 lagi dia sendiri yang pilih,tapi aku berikan waktu besday dia siap balut lagi,padahal dia memang dah tahu isinya dan juga sekeping kad buatan sendiri untuknya.

Friday, April 8, 2011

HAPY BESDAY ALONG

Hari ni 9 April besday anak buah aku yang ke 10thn,kejap je dah besor,makin tinggi dan makin bulat.Nama anak buah aku ni Nuryn Nabila @ Along.

Tiada hadiah semahal mana mak ngah dapat berikan sempena ulangtahun along tahun ni hanya hadiah & sekeping kad buatan sendiri untukmu.Mak ngah doakan semoga Along menjadi anak yang solehah,dipanjangkan usia,kehidupanmu sentiasa diberkati Allah,menjadi anak yang akan membuatkan kedua-ibubapamu bangga.

Monday, April 4, 2011

BANTAL DURIAN

Alhamdulilah dapat gak aku merasa makan bantal durian,perhhh memang sodap tak terkata nikmatnya.Ni suma gara2 tgk Kak Mie makanlah yang membuatkan aku pun turut terjebak ingin mencubanya,tapi tak kesempatan nak gi membelinya,sib baik kak ipar aku pergi area sana semalam,so kirim aje kat dia,tapi dia pun pelik gak nak mencari bantal doyan ni.
Memang sedaplah tapi kecik sgtlah tak puas makan,reganya RM10.00 1 kotak ( ada 6ketul ),ada 3 perisa iaitu cempedak, manga & doyan (nanti nak cuba lak perisa mangga mesti sedap gak)

 Rupa luarannya

Rupa dalamannya

Sunday, April 3, 2011

HUJUNG MINGGU YANG .....

Hujung minggu dtg lg,tapi bosan gila.Sekarang ni hujung mingu je dapat kuar pun bsama ngan mak & adik2 aku.Tulah dulu elok2 Yayang kerja malam,disuruhnya tukar kerja siang,sekarang ni bila Yayang dh kerja siang bosan lak tak dapat kuar bersama dihujung mingu,malam mana ada tmt yang best nak gi.Inilah lumrah manusia kan tak pernah puas hati dengan apa yg ada.Tapi serius aku bosan ngan kehidupan macam ni,bila tgk pasangan lain dapat je bersama ngan suami masing2 bila cuti hujung minggu,kuar berdua-duaan,tapi aku tak dapat,tapi aku patut bersyukur jugalah kan,sekurang-kurangnya aku dapat gak kuar walaupun hanya bertemankan mak & adik2 aku.

Sabtu aku ngan adik2 bersama mak gi melawat adik sepupu aku kat hospital ampang puteri,pas melawat kami ke Home Town Yong Tau foo (makan sehingga kenyang gilos ),pastu aku ajak mereka menemankan aku ke Romantika Galaxy Ampang untuk membeli hadiah perkahwinan sepupu aku kat gombak,tapi takkan lah beli untuk pengantin je kan,haruslah juga ku beli untuk umah ku juga (tapi tetap tak puas hati sebab masih tak dapat beli benda yang aku idamkan tu,sebab bujet tak cukup ),pastu ke umah mak angkat ku pula kat selayang.Inilah aktivitiku di hari Sabtu.

Ahad lak ada jemputan kahwin kat Gombak,anak makcik aku 2 sekali naik pelamin,stay sana sampai kul 2 je,sebab nak balik awal tgk rancangan konsert hore2 Aznil,pastu duklah umah sampai ke malam,kul 8.30 malam aku ke Caw Kg Medan Wira Utama sebab kena bertugas untuk Persidangan Pu3 caw mereka.Tu pun aku bergegas nak balik untuk tgk ABP,tapi hampeh sebab kul 10.30 baru sampai umah,dah separuh jalan pun ABP tu.Bosan kan hujung minggu aku,tak tahulah sampai bila cam ni,kalau ada anak mesti aku tak bosan kan..........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...