Friday, February 11, 2011

DESA LAGOON AHAD

30.1.2011 Hari ni hujan mencurah-curah dari malam tadi malasnya nak bangun tapi kenalah jugak kan,kalau nak tido lama2 baik tak yah cuti.Lepas makan sarapan terus ke pantai untuk acara mini sukaneka.Dimulakan dengan acara kanak2,walaupun cuma 4 orang je kanak2 yang ada tapi tetap meriah,mana taknya gelagat anak2 buah aku je dah cukup lebih2 lagi abg adam...sampai menangis sebab kalah.
Acara orang tua lagilah best,yelah kebanyakkan perut dah ke depan mana lah larat nak berlari so tpaksalah buat acara yang ringan2 je.Tetap meriah walaupun hujan,macam2 ragam,hadiah tetap disertakan walaupun tak seberapa.Habis je acara sukan di pantai terus sambung kat kolam pulak,yang lelaki leh lak sambung main bola kat kolam tu tapi bukan pakai bola pakai kanak2 punya pelampung keselamatan yang pakai kat tangan tu...sronok nya aku tgk Yayang,gembira bangat dia (nanti kita bcuti lagi ye).

 

Kul 1tgh checkout dan adegan salam bersalaman.Aku sampai Jln Kuching jam 3ptg.Alhamdulilah slamat sampai walaupun hujan lebat selebatnya.
Memang sronok sangat,insyallah jika panjang umur dan rezeki lebih mungkin akan diadakan lagi.

DESA LAGOON SABTU

29.1.11 Sampai PD pun dah hampir kul 5ptg jln sesak gila,kejap2 dpt call dari family aku yang dah lama sampai kat Desa Lagoon tu,lagilah membangkitkan semangat aku untuk vrooooom selajunya.Sampai je kat sana simpan barang,masak nasi tuk makan malam terus aku tukar pakaian dan terus keboom ke dalam kolam.Best gila, lagi membuatkan keadaan menjadi sronok ni adalah kali pertama aku ngan Yayang cuti bersama yang melibatkan mandi manda ni sejak 12 tahun kami bersama.Ohhh bahagianya.Malam lepas magrib kami bersiap sedia untuk aktiviti Bbq.Sronok gila makan ramai2 ni,antara menunya :-BBQ ( ayam,pedal,daging kambing,sosej,ikan )nasi,mihun dan daging tetel masak asam pedas....fuhhh terangkatlah.
 Abang aku plak tetiba buat cadangan tuk sesi karaoke dan surprise party tuk besday women (my aunty) memang terkezut gila dia bila mula masuk kat bilik karaoke tu.Diteruskan dgn adegan nyanyi2 sambil ada cabutan bertuah tapi semua bertuah.Dimulai dengan lagu syahdu hingga mengalirkan airmata dan diakhiri dengan lagu gembira.Aktivi berakhir jam 12.00malam.
 Sesi tunjuk bakat

Siapa bertuah
 Besday Women yang colour oren ye



Wednesday, February 9, 2011

BERSANTAI DI DESA LAGOON PD

Sabtu dan Ahad  ( 29 & 30.1.2011 ) aku sekeluarga bersantai di Desa Lagoon Port Dickson sebelum cuti panjang raya cina,nasib baik tak gi time raya cina ( sesak gila ).Rombongan kami melibatkan 6 buah kereta 5 keluarga.Sronok gak bersantai beramai-ramai camni,maklumlah family aku jarang berkumpul camni (keluarga belah mak ).Aku sekeluarga,abg aku sekeluarga,adik angkat aku,my uncle dr Singapore dan yang lagi 2 keluarga ni tak dirancang ( Kak An & Abg Adik ) mak aku punya anak buah.Dah jadi macam hari keluarga lak..memang sronok gila.
Dan yang paling sronok dan teruja setelah bertahun-tahun aku tak bawa kereta berjalan jauh,aku berjaya bawak kereta gak ( walaupun pada org lain PD ni takdelah jauh ),maklumlah banyak faktor aku tak berani nak bawa kereta aku berjalan jauh ni.2 hari gak aku tak lelap tido bila memikirkannya.Alhamdulilah selamat gak perjalanan aku sekeluarga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...