Friday, January 13, 2012

IKATAN KASIH 2 TAHUN

02.10.2011 Ulangtahun perkahwinan kami yang ke-2.Memandangkan tahun ni punya Anniversary Yayang dah mula kerja siang maka tak dapatlah kuar berjalan2.Malam tu hanya makan kat luar tu pun kat kedai biasa2 je sebab Yayang dah peruntukkan untuk aku punya perbelanjaan waktu bercuti nanti.Aku lak cuma dapat beri set wangian yang biasa2 je..sebab tak tahu nak beli apa..yelah kami ni mengamalkan tiap bulan mesti beli 1 barang tak kira harganya murah @ mahal untuk diberi sesama kami berdua.Potong kek pun malam kedua iaitu 3.10.2011 baru berkesempatan membelinya dan memotong tu pun buat kat umah mak.
                                                                     Kek tahun ni
                                                                     Acara Potong Kek
                                                     Suap Menyuap (masih diamalkan)
                                             Bergambar disamping gambar perkahwinan kami
                                                                   Menu sampingan


Harapan aku moga Anniversary kami tahun depan kami akan sambut bertiga pula.Ibu Sayang Ayah Selamanya.Terima kasih sebab membuatkan diri ini bahagia,terima kasih sebab dapat terima kekurangan diri ini.Moga kasih kita akan KEKAL ABADI SELAMANYA.

CERITERA RAYA 2011 2

31.8.2011 Syawal ke-2 bersamaan dengan besday mak aku,tapi tahun ni tak sambut sgtlah.Hari ni adik beradik arwah abah nak buat convoi keumah masing2 (tapi bukan nya banyak umah pun).1st gi umah adik arwah abah yg ke3 (dia pun dah tak ada) untuk beraya dgn suaminya terletak kat Petaling Jaya,pastu terus dorang ke umah mak,pastu ke umah abang aku,pastu ke umah adik abah yg ke-5 terletak di AU3 Keramat,pastu umah anak dia yang terletak ditingkat atas dan berakhirlah acara convoi untuk raya tu.Dekat2 je kan.Sebenarnya banyak lagi umah nak gi tapi semua balik kg.

Balik je terus aku ke umah mak angkat kat Selayang & terus ke Giant Batu Caves.Maka berakhirlah raya ke-2 kami.Abg aku malam tu terus balik kg kak ipar di Muar.Raya ke-3 baru gi beraya umah adik bradik mak,tu pun dekat2 Gombak & Ampang.Semua dekat2 kan aku beraya..rasanya yang paling jauh pun kat Kuala Selangor umah abang mak.Tapi menarik.

CERITERA RAYA 2011

Raya tahun ni merupakan tahun ke-2 aku tak sambut bersama Abah tersayang & tahun ke-2 aku sambut sebagai seorang isteri.Tahun ni mungkin kurang sikit kesedihan bagi mak sebab tahun ni abg,kak ipar & cucu2 beraya bersama.Aku boleh lihat airmuka ceria diwajah mak,terubat sikit kedukaan dia.

Aku lak macam biasalah tahun ni pun raya ngan mak aku,bukan tak nak raya ngan mak mertua tapi mak mertua aku awal2 dah balik kg adik ipar aku di Perak...camne nak gi sebab Yayang raya kedua dah start keja...leh ikut berjalan pun waktu malam je.Aku dapat jumpa mak mertua pun dah raya seminggu.(bukan salah aku).Kurang sikitlah bagi aku raya tahun ni selain sebab Arwah Abah dah tak ada (tapi tetap ada pada aku)..salah satu sebab Yayang tak de, bila kami gi beraya umah sedara mara..semua bertanya dimanakah suamiku...yang aku leh jawab 'suamiku mencari rezeki'.

Pagi raya pas Yayang & adik aku ijam balik sembayang raya,tunggu abg aku sekeluarga dtg,pastu menziarahi ABAH di rumahnya yang baru yang terletak di Kg Bangkong dekat je ngan umah aku seberang highway je..sayu je bila teringat memori indah beraya bersama Abah.Pastu terus ke tanah perkuburan Jln Ampang lak menziarahi pusara nenek,tok,abg,makcik & ramai lagi saudara aku yang bersemadi disana.Pastu terus ke umah nenek saudara & makcik yang berada di KG Baru dan terus ke umah makcik yaang berada di Cheras.Dekat2 tempat aku gi beraya.Balik dari Cheras ingatkan nak terus ke umah mak angkat aku kat Selayang..pertengahan Jln Kuching,kakak sepupu aku tipon cakap nak dtg umah mak...terus pecut balik umah.Lepas dorang dah beraya diumah terus keumah abang aku lak kat Selayang.Inilah cerita Hari pertama Rayaku.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...