Selasa 18 Januari 2011
Sebaik bangun dari tidur,mak terus terjah bagitau yang Boy telah kembali kepada PenciptaNya.Lantas aku berlari untuk melihat jasadnya.Ku sentuh tubuhnya sejuk dan keras.Boy telah tiada lagi.
Aku tak dapat melihat sewaktu nyawanya diambil,hanya mak yang dapat mendengar nafasnya.Selalunya aku akan terjaga dikala malam menjengah ke pagi untuk ke tandas tapi pagi ni aku langsung tak terasa nak ke tandas seperti biasa,kalau tak mesti aku dapat tengok keadaan Boy.Malam tadi merupakan malam terakhir Yayang membersihkan tempatnya dan malam terakhir aku memberi Boy makan dan minum.
Aku masuk kebilik untuk memberitahu Yayang tentang tentang kematian Boy,airmata aku mengalir laju mengenangkannya.Boy telah beberapa lama sakit,tapi kesakitan dia cuma mengalami luka2 yang seakan seperti bergaduh sedangkan Boy cuma duk sorang2 je kat dalam tempat dia,memang aku asingkan tempat tinggalnya sebab dia manja.Yang lain bila malam tempat mereka akan tetap diluar,tapi Boy aku akan bawa masuk kedalam rumah.Setiap malam Yayang akan sapukan ubat ke tempat lukanya.Aku nampak berkurangan tapi Yayang baru perasan luka dileher Boy teruk,aku pun tak pasti bila luka tu ada.
Aku teramat sedih dengan pemergiannya,tapi jika itu lebih baik buatnya aku redha.Walaupun aku pernah kehilangan anak Boy seramai 2 ekor tu pada 27.12.2010 tapi aku tak sesedih bila kehilangan Boy kerana Boy adalah arnab pertama yang aku bela.Yayang mengebumikan Boy dikawasan sekolah tempat Yayang kerja.Jasadnya akan selamanya bersemadi di SMK Sri Hartamas.
Aku kehilangan sekali lagi,aku sayangkan Boy tetapi dia tetap pergi kerana Allah lebih sayangkannya.Bersemadilah dengan aman disana.
No comments:
Post a Comment