Tuesday, February 28, 2012

2 TAHUN AKU KEHILANGAN

19.12.2011-Sudah 2 tahun aku kehilangan Abah tersayang,sekejap je rasanya masa berlalu.Aku masih dapat rasakan abah masih bersama kami.Masih jelas dalam ingatan saat2 terakhir arwah abah bersama kami & masih jelas dalam ingatan ni saat nyawa abah diambil oleh sang penciptanya.Alhamdulilah abah pergi dalam keadaan tenang,walaupun kesakitan yang ditanggungnya selama seminggu tu amat teruk,tapi petang sabtu 19.12.2009 abah pergi dengan amat tenang.Semoga roh abah tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.Tak mampu untuk aku menulis panjang kerana dikala ini airmata ni bercucuran mengingatkan detik2 bersama arwah abah & detik2 waktu kehilangan abah.
Hanya doa yang mampu kuutuskan buat Abah disana & aku akan pastikan setiap minggu akan kukunjungi kediaman baru abah.Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...